Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Monday, January 24, 2011

Rindu saat itu...

Aku rindu saat itu...
tika engkau selalu bersamaku..
saat ketika kita ketawa dan menangis bersama..
saat ketika aku sibuk dan lapang..
saat ketika aku sakit dan sihat..

aku rindu saat itu...
tika engkau selalu bersamaku..
melalui saat sukar dan senang..
saat ketika aku berduka..
saat ketika engkau kecewa..

kenapa aku rindu saat itu..?? kenapa??
aku sedar engkau semakin jauh dariku..
engkau bukan lagi seperti dulu..
aku semakin merasai akan kehilanganmu..
kau semakin jauh...jauh...jauhhh..
apa yang mampu aku lakukan selain doa?
apa yang mampu aku lakukan selain memberi sms tanda ingatan...?
apa yang mampu aku lakukan selain mengajakmu kembali..??

Mahu aku meninggalkan jalan ini untuk kita kembali bersama??
ya! Boleh! tapi aku tak mahu..Aku tidak mampu..
melalui kehidupan penuh ranjau dan cabaran..
kurela diuji dengan apa yang berlaku..
diuji dengan segalanya
walau hakikatnya aku terpaksa..
siapa mahu bersusah-susah?
siapa tak mahu bersenang lenang..?
tak perlu mencari susah dan masalah..
cukuplah jika hidup kita senang..
ya, bukankah Allah Maha Pemurah dan Penyayang???

Nampak kental dan ampuh zahirnya..
batinnya 'sayoq' dan rapuh..
aku jua ada hati dan perasaan..
yang mungkin engkau tidak perasan..
hatiku sering mahu dijaga dan dibelai..
perasaanku ingin saja rasa bahagia..

jika kau mengerti aku..
jika kau fahami aku..
aku rindu saat itu..
bersahabat kerana Allah..
susah senang ditempuh bersama..
terlalu banyak memori dan kenangan..
namun, aku bukan mahukan itu!
aku mahukan kamu, sahabatku!

Sahabat yang sentiasa bersama..
memberi semangat dan sokongan..
memberi komen membina motivasiku..
belajar, menangis, makan minum, tidur bersama..
ketawa, berjalan-jalan, berkongsi cerita..
meeting, perjumpaan, gerak kerja bersama..
melalui perit jerih bersama..
tidakkah engkau rindukan saat itu???

Benarkah itu bukan yang kau mahu?
ayuh kita fikir bersama..
apakah sebab jadi begini..
adakah ia satu alasan yang direka?
adakah ia kerana aku?
jika ia benar-benar salahku..
maafkan aku..

Kau tahu sahabat..
aku sedih dan kecewa atas apa yang sedang berlaku..
aku merintih dan menangis seorang diri..
namun kupercaya dan yakin..
Allah sentiasa bersama..
dalam hatiku, aku impikan saat itu untuk kembali..
aku rindu saat itu..

Adakah kesibukan yang sementara ini
mahu dijadikan asbab akan kejauhan kau dan aku?
sedang dahulu kita langsung tidak begitu..

ketahuilah..
aku benar-benar rindu saat itu..

1 comment:

#Pray4Gaza